Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Siar Raya
  • ‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio
  • Siar Raya

‘Titik Pulang’ kembalikan Wan Maimunah ke drama radio

Arif Radzi | NasyidKita 25 June 2025
TITIK-PULANG-WAN-MAIMUNAH

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Setelah lebih 10 tahun tidak berlakon di mana-mana drama radio, Wan Maimunah bersyukur kerana dapat kembali ke Angkasapuri bagi menjayakan watak ‘Mak Leha’ untuk drama radio ‘Titik Pulang’.

Wan Maimunah, atau nama sebenarnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz mendedahkan drama radio bersempena sambutan Ma’al Hijrah yang bakal disiarkan di radio Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), SalamFM merupakan drama radio yang pertama selepas sekian lama tidak dapat memenuhi undangan penerbit di stesen radio lain.

Sambil menyifatkan drama radio mempunyai cabaran tersendiri, beliau memohon doa orang ramai agar sentiasa diberikan kekuatan untuk menjayakan naskah-naskah dakwah dan memberikan maklumbalas terhadap drama ini.

“Titik Pulang” mengisahkan watak Arif yang mengamalkan kehidupan yang jauh terpesong daripada landasan agama selepas pemergian ayahnya dan tinggal bersama Mak Leha. Walaupun Mak Leha teruji dengan kebiadapan anaknya sendiri, nasihat dan doa seorang ibu tidak pernah berhenti untuk melihat perubahan positif anaknya itu.

Selain Wan Maimunah, pelakon-pelakon yang akan menjayakan watak masing-masing adalah Taiyuddin Bakar sebagai Arif, Ahnaf Bakar (Faiz) dan Maria Ashikin (Ustazah Wardah). Yus Amri Mohd Yusof telah bertindak sebagai penulis skrip, manakala Arif Radzi dan Yunie Yunos bertindak sebagai penerbit.

Drama radio ‘Titik Pulang’ boleh didengarkan di saluran radio SalamFM pada 26 dan 27 Jun ini jam 11 malam, manakala pendengar di NasionalFM dapat mengikuti drama ini pada 27 Jun jam 2.30 petang – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Maher Zain kembali dengan Jelajah Asia Tenggara
Next: Devotees bakal raikan 20 tahun bersama peminat

Berita Lain

carta-ikimfm-2025
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
BAROKAH-AL-QURAN
  • Siar Raya

‘Barokah Al-Quran’ sukar ditewaskan?

Arif Radzi | NasyidKita 21 July 2025
IKIMFM-AGROBANK-2025
  • Siar Raya

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

Arif Radzi | NasyidKita 23 May 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.