KUALA LUMPUR, 21 Disember – Dunia seni nasyid tempatan dikejutkan dengan pemergian pengurus kumpulan nasyid Soutul Amal, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus dan ahli kumpulan Cahaya Hati, Roslan Haji Darus hari ini.
Menurut sumber, Dr. Megat Suhaimi yang meninggal dunia sekitar jam 7.30 pagi sempat diziarahi oleh Roslan sebelum meninggal dunia sekitar jam 6.30 petang hari yang sama.
Sementara itu, Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID Malaysia) telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil secara atas talian bagi memperingati kedua-dua penggiat nasyid tersebut yang juga merupakan ahli MUNSYID Malaysia. – NasyidKita
