KUALA LUMPUR, 13 November – Penyanyi dan komposer, Daqmie serta penyanyi nasyid, Afad berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah.
Daqmie atau nama sebenar, Azmee Abdul Manap dan Afad atau nama sebenar, Zulfadli Mustaza menerima ijazah tersebut di sesi kesembilan Majlis Konvokesyen UUM Ke-38 yang berlangsung hari ini.


Menerusi temubual bersama MUNSYID Malaysia, Daqmie mengajak semua penggiat seni terutamanya penasyid untuk terus menuntut ilmu dan menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
Turut menjadi graduan pada majlis berkenaan ialah Abdul Ghani Raja Muhammad yang merupakan Penerbit Bahagian Radio Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), penyampai radio dan penyanyi Dina Nadzir serta pelakon Sharifah Shahora.
Seramai 6,832 graduan UUM akan menerima ijazah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen Ke-38 universiti itu. – NasyidKita
