Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Skrin
  • 7 finalis Anugerah Carta 114 berentap 1 Februari
  • Skrin

7 finalis Anugerah Carta 114 berentap 1 Februari

Arif Radzi | NasyidKita 22 January 2025
ANUGERAH-CARTA-114

KUALA LUMPUR, 22 Januari – Setelah berteka-teki mengenai tarikh Anugerah Carta 114 yang akan disiarkan di TV Al-Hijrah, anugerah berprestij yang mempertandingkan 7 buah lagu nasyid dan ketuhanan akan bersiaran secara langsung pada 1 Februari ini.

Pengumuman tarikh dan waktu siaran Anugerah Carta 114 dibuat melalui media sosial Carta 114.

7 lagu yang akan dipertandingkan pada anugerah tersebut adalah lagu Hanya Dia nyanyian Halim Ahmad dan Aiman Sidek, Sirih Pulang ke Gagang (Aniq Muhai & kumpulan UNIC), Cinta Luar Biasa (kumpulan Rabithah), Cinta Pada-Mu (Idris Shamsuddin), Salam Madinah (kumpulan Madinah), Kau Bak Permata (Haadi) dan Abu Ubaidah (kumpulan Darwish).

Jalal Zaiki dan Amin Idris akan bertindak sebagai hos rancangan tersebut yang telah masuk musim kedua.

Menurut sumber, tiada jemputan kepada orang awam untuk menonton secara langsung di studio disebabkan akses yang terhad di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, namun peminat-peminat nasyid boleh menonton menerusi saluran Astro 114 dan MYTV 114, serta di aplikasi AlHijrahPlus bermula jam 9 malam. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Ibu Azadan Rabbani meninggal dunia
Next: Dokumentari Khas Israk Mikraj papar perspektif 3 figura

Berita Lain

hadie-ina-naim-ttmm
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 29 September 2025
HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

Arif Radzi | NasyidKita 22 September 2025
hadie-talk-to-my-manager-minggu-2
  • Skrin

Percaturan genre rock Hadie menjadi

Arif Radzi | NasyidKita 2 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.