KUALA LUMPUR, 16 Februari – Selepas 18 tahun menjadi penyanyi, komposer dan penulis lirik, Aiman Sidek akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk menerbitkan sebuah album berkonsep zikir dan selawat.
Aiman berkata, album Zikir dan Selawat yang dilancarkan pada 15 Februari itu juga sebagai meraikan kedatangan bulan Ramadan yang bakal disambut tidak lama lagi.
Antara trek yang terdapat dalam album tersebut adalah Hasbi Rabbi, Allah Ya Allah, Ya Nabi Salam, Astaghfirullah. Album tersebut boleh didengari menerusi platform penstriman Spotify.
Aiman juga berkata, selain 10 trek yang terdapat dalam album itu, sebuah single ‘Malaikat Tanpa Sayap’ juga turut dilancarkan. Lagu yang turut dinyanyikan oleh Halim Ahmad itu merupakan single kedua mereka selepas lagu ‘Hanya Dia’ pada tahun 2023. – NasyidKita
