Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Lokal
  • AIM24 saksi persaingan sengit karya munsyid
  • Lokal

AIM24 saksi persaingan sengit karya munsyid

Arif Radzi | NasyidKita 15 August 2025
aim24-nasyid-malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – 7 lagu berunsur nasyid dan ketuhanan hasil karya munsyid-munsyid tempatan bakal memberikan saingan sengit kepada penggiat-penggiat seni dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-24.

Kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik menyaksikan lagu daripada kumpulan Awla, Ulul Azmi dan Nasab Nabi daripada kumpulan Inteam akan berentap bersama 3 kumpulan pelbagai genre iaitu Dolla, KRU dan TE3N.

Manakala kategori Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik, Hafiz Hamidun & Ruffedge untuk lagu Batu Hitam dan Ustaz 3 Beradik & Fadzli Far East untuk lagu Putusnya Butir Tasbihku akan berentap bersama Adira Suhaimi & Khai Bahar untuk lagu Pejam, Akim Ahmad & Stacy Anam (Ritma & Rima) dan Faizal Tahir & Dato’ M.Nasir (Campak Bintang).

Tumpuan peminat nasyid pada AIM24 adalah bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik, selain Ulul Azmi dan Putusnya Butir Tasbihku, tiga lagi lagu yang bakal bersaing adalah Hanya Dia nyanyian Aiman Sidek & Halim Ahmad, Biar Satu Dunia Tahu (Faizal Tahir & Mirwana) dan Kudus Palestin (Lah Ahmad & Inteam).

Pencalonan bagi AIM24 dibuka untuk lagu dan album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India yang dikeluarkan di Malaysia antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.

Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail ketika membuat rumusan pada Sidang Media Pengumuman Pencalonan Akhir berkata, terdapat sebanyak 862 pencalonan bagi 30 kategori telah dihantar, namun 5 pencalonan bagi setiap kategori yang mendapat markah tertinggi telah layak ke pencalonan akhir.

Malam Kemuncak AIM24 bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada 13 September nanti dan ditayangkan di saluran TV2 serta RTMKlik. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Mestica bakal kembali ke universiti jayakan konsert
Next: ‘Setlist’ Showcase Devotees 2025 bakal buat peminat ‘sing-along’

Berita Lain

konsert-lagenda-nadamurni-2025
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

Arif Radzi | NasyidKita 25 September 2025
KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT
  • Lokal

Ini ‘setlist’ lagu untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025
konsert-intifada-rabbani-2025
  • Lokal

Konsert Intifada Rabbani pukau hampir 5,000 penonton

Arif Radzi | NasyidKita 21 September 2025

Viral

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 1
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 2
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
ADAM tampil single baharu ‘Percaya’ PERCAYA-ADAM 3
  • Karyawara

ADAM tampil single baharu ‘Percaya’

23 September 2025
Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM HADIE-TTMM-SUKU-AKHIR 4
  • Skrin

Hadie teruskan perjalanan ke separuh akhir TTMM

22 September 2025
20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm carta-ikimfm-2025 5
  • Siar Raya

20 lagu sah ke Separuh Akhir Carta IKIMfm

22 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.