Skip to content
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

concert-mestica-banner

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Arkib Nasyid
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Dari Meja Editor
  • Semarak patriotisme dengan pilihan 5 lagu nasyid
  • Dari Meja Editor

Semarak patriotisme dengan pilihan 5 lagu nasyid

Arif Radzi | NasyidKita 22 August 2025
malaysia-nasyidkita

Masuk bulan Ogos dan September yang bakal tiba, lagu-lagu berunsur patriotik akan disiarkan menerusi televisyen dan radio, tidak kurang juga ada kandungan-kandungan di media sosial yang dihasilkan menggunakan lagu-lagu patriotik bagi menyemarakkan rasa cinta pada negara.

Rakyat Malaysia bukan sahaja tahu lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Muhibbah, Keranamu Malaysia, Sejahtera Malaysia dan terkini, Malaysia Madani Rakyat Disantuni tetapi boleh menyanyikan lagu ini bersama-sama.

Tidak terkecuali, munsyid-munsyid Malaysia juga mengeluarkan lagu-lagu patriotik yang disampaikan dengan melodi yang mendamaikan jiwa, lirik penuh penghayatan, serta aura kebersamaan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat pelbagai peringkat usia.

Dari Meja Editor kali ini ingin kongsikan 5 lagu nasyid patriotik pilihan yang wajib anda dengar sempena meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, bukan sahaja untuk menghayati seni suara munsyid tanah air, tetapi juga untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara.

#1 Gapura – Hafiz Hamidun & Inteam

Memilih tajuk ‘Gapura’ yang membawa maksud gerbang yang besar, begitu juga karya ini kelihatan besar apabila berada di bawah komposer dan penyanyi lagu ini sendiri iaitu Hafiz Hamidun. Hafiz juga bertindak sebagai penulis lirik bersama Ahmad Fedtri Yahya.

Tidak dapat dinafikan kehebatan lagu ini apabila tercalon dalam Lirik Terbaik dan Susunan Lagu Terbaik dalam Anugerah Carta 114.

Menariknya, video muzik lagu ini dihasilkan menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI), suatu konsep idea video muzik yang boleh dikatakan baharu pada masa itu.

Lagu yang tidak perlukan ulasan yang panjang, kalau boleh dengarkan sendiri auranya.

#2 Malaysia Kita – Halim Ahmad feat. Inteam & Munif Ahmad

Kalau melihat kepada warna lagu ini, amat hampir dengan lagu tema Hari Kebangsaan pada tahun ini. Lagu yang kelihatan ceria, rancak dan paduan suaranya cukup mengena sekali daripada para munsyid.

Lagu Malaysia Kita dicipta oleh Halim Ahmad dan liriknya oleh Halim sendiri dan Ito Lara. Menariknya, bagi mendapatkan lirik yang kena dengan lagu bercorak kenegaraan, Halim menghubungi Ito Lara kurang sebulan daripada lagu ini disiarkan di Youtube.

Pada awalnya, cadangan judul lagu ini ialah ‘Dirgahayu Merdeka’ yang diberikan oleh Ito Lara. Namun, Halim menukarkannya kepada judul yang lebih ringkas dan santai.

Pemilihan pelantun lagu ini juga, kata Halim dalam perkongsian di media sosial juga adalah pemilihan saat akhir apabila Halim melamar Inteam semasa rakaman Hijrah Berselawat dan hanya melalui nota suara kepada Munif Ahmad.

Walau apa pun kisah dan cabarannya, Malaysia Kita telah berjaya menggabungkan munsyid dalam sebuah lagu yang boleh diingati peminat.

#3 Terima Kasih Negaraku – Saff One, Soutul Amal, Wildan & NocOut

Karya yang berani.

Itu yang boleh dikatakan dengan lagu Terima Kasih Negaraku ini. Lagu yang dicipta oleh Qhaleed Saff One dan lirik oleh Firdaus Sahiddin kelihatan berbeza dengan lagu-lagu yang pernah dibawakan oleh Saff One, Soutul Amal dan Wildan sebelum ini.

Rancak, catchy dan boleh didengar berulang kali. Ramuan yang baik bagi sebuah lagu bercorak patriotik untuk sentiasa diingati.

NocOut juga memberikan persembahan yang baik dalam bahagian rap.

Terima Kasih Negaraku dilancarkan pada 30 Julai 2022 dan bertepatan dengan Tahun Baharu 1444 Hijrah. Mungkin karya ini boleh dikategorikan sebagai underrated dan masih menerima tontonan yang rendah di platform media sosial, tetapi jika diberikan ruang untuk peminat nasyid mendengarkan pada tahun ini – mungkin lagu ini boleh menjadi kegemaran pada setiap bulan kebangsaan.

#4 Pemimpin Yang Adil – Munif Hijjaz

Selepas diterbitkan pada tahun 2004 oleh kumpulan Hijjaz dalam album Damai dan sebelumnya pada tahun 1994 oleh kumpulan Nadamurni dengan tajuk Pemimpin Sejati, Munif Ahmad membawakan kembali Pemimpin Yang Adil 2022 dengan susunan muzik yang lebih segar.

Melihat pada tajuknya sahaja, pendengar akan memahami lagu ini adalah suatu peringatan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang adil dan amanah.

Mungkin Pemimpin Yang Adil 2022 bukanlah sebuah lagu bertemakan kenegaraan yang rancak dan ceria, tetapi kritik sosial dalam karya seperti ini amat penting untuk peringatan kepada pemimpin yang mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat.

Vokal Munif Ahmad yang kita kenali, tak perlulah kita pertikaikan kredibilitinya.

#5 Satu Tubuh – Aniq Muhai

Melalui tema kebersamaan dan kepedulian dalam masyarakat, Satu Tubuh nyanyian penyanyi muda ini ternyata cukup membawakan aura positif. Lebih-lebih lagi karya di bawah lagu dan penulis lirik oleh Akmal Mustafa dan Rauf D terbitan Tarbiah Sentap sentiasa segar dan lain daripada yang lain.

Berlatar belakangkan lokasi di Kuala Lumpur seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, watak-watak seperti gelandangan, wanita mengandung dan penghantar makanan dalam muzik video lagu ini adalah karakter-karekter biasa yang mewarnai kehidupan di ibu kota negara.

Walaupun lagu ini bukanlah lagu yang dilancarkan bersempena memperingati kemerdekaan negara, tetapi mesej yang amat penting dan berjaya disampaikan melalui lagu ini adalah untuk bersikap ambil tahu dan bantu membantu antara satu sama lain bagi menjadikan seluruh komuniti berada dalam keadaan baik, sebagaimana yang dinyatakan pada tajuk lagunya.

Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NasyidKita dan organisasi secara keseluruhan. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Post navigation

Previous: Ishfa’ Lana pertaruhan terbaharu Hafiz Hamidun
Next: Nyaris tersingkir, Hadie mara minggu kedua Talk To My Manager

Berita Lain

IFTAR-RUANG-RAMA-2025
  • Dari Meja Editor

Rabbani & Friends bakal warnai Bufet Iftar Ruang Rama 2025

Arif Radzi | NasyidKita 21 February 2025
NASYIDKITA-LOGO
  • Dari Meja Editor

Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024

Arif Radzi | NasyidKita 31 December 2024
SPOTIFY-WRAPPED-2024
  • Dari Meja Editor

Ini #SpotifyWrapped munsyid Malaysia 2024

Arif Radzi | NasyidKita 21 December 2024

Viral

Konsert “This Is UNIC” bakal cetus fenomena Disember ini konsert-unic-2025 1
  • Lokal

Konsert “This Is UNIC” bakal cetus fenomena Disember ini

10 October 2025
Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM hadie-marsya-ttmm 2
  • Skrin

Finale bukan penamat, Hadie ke peringkat akhir TTMM

6 October 2025
Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM hadie-ina-naim-ttmm 3
  • Skrin

Hadie berjaya lolos ke peringkat akhir TTMM

29 September 2025
Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam konsert-inteam-2025 4
  • Lokal

Konsert Kasih Kekasih bukti aura penghibur Inteam

29 September 2025
Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni konsert-lagenda-nadamurni-2025 5
  • Lokal

Rabbani, Hijjaz bakal bersatu di Konsert Lagenda Nadamurni

25 September 2025
  • Antarabangsa
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.