Skip to content
23 June 2025
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita

NasyidKita

Muzik inspirasi kita.

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
Primary Menu
  • Tentang Kami
  • Arkib Nasyid
  • Blog
    • Lokal
    • Antarabangsa
    • Karyawara
    • Skrin
    • Siar Raya
    • Dari Meja Editor
  • Home
  • Skrin
  • 7 lagu layak ke Kemuncak Anugerah Carta 114 2025
  • Skrin

7 lagu layak ke Kemuncak Anugerah Carta 114 2025

Arif Radzi | NasyidKita 29 December 2024 2 min read
CARTA-114-2024 - FINAL

KUALA LUMPUR, 28 Disember – 7 buah lagu menerusi enam kategori telah diumumkan layak ke Kemuncak Anugerah Carta 114 2025 yang akan disiarkan di TV Al-Hijrah.

Menerusi pengumuman kesemua pemenang setiap kategori di siaran terakhir Carta 114 hari ini, 4 kategori dinilai sepenuhnya oleh juri profesional, 2 kategori dinilai menerusi 70 peratus undian peminat dan 30 peratus oleh juri profesional dan 1 kategori yang dinilai oleh 100 peratus undian peminat.

Dalam Kategori Susunan Muzik Terbaik, lagu Hanya Dia nyanyian Halim Ahmad dan Aiman Sidek berjaya dinobatkan sebagai pemenang dengan keseluruhan markah 75%, mengatasi pencabar terdekat, Sirih Pulang ke Gagang nyanyian Aniq Muhai & UNIC (74.7%) dan Gapura daripada Hafiz Hamidun dan Inteam (74.3%).

Bagi Kategori Muzik Video, Sirih Pulang ke Gagang diumumkan pemenang dengan 75%, mengatasi Cinta Takkan Tewas daripada Rabithah dan Inteam (69.3%) dan Bebaskan daripada Soutul Amal dan Daqmie (67.3%).

Lagu Cinta Luar Biasa nyanyian kumpulan Rabithah berjaya merangkul Kategori Lirik Terbaik dengan markah keseluruhan 79.3%. Lagu hasil karya Akmal Mustafa ini berjaya menandingi Cinta Takkan Tewas yang memperoleh markah yang sama, serta Gapura (71.7%).

Kategori Solo Terbaik pula menyaksikan kemenangan Idris Shamsuddin melalui lagu Cinta Pada-Mu dengan markah 85%, menewaskan pencabar terdekat seperti Kau Bak Permata nyanyian Haadi (84%) dan Husnul Khotimah oleh Ezyree Fayyad (80%).

Dalam Kategori Kumpulan Terbaik, lagu Salam Madinah oleh kumpulan Madinah muncul sebagai pemenang dengan markah keseluruhan 85%, menewaskan Gapura (82%) dan Khaulah Al-Azwar nyanyian PU Fendi, Shidee Khayran, Alil dan Ustaz Fadhil Rahman (79%).

Untuk Kategori Terunggul Carta, lagu Kau Bak Permata dipilih sebagai pemenang menerusi pemilihan juri profesional dan produksi sebagai mengiktiraf lagu yang mengungguli kedudukan carta.

Lagu Abu Ubaidah nyanyian kumpulan Darwish pula berjaya merangkul kemenangan bagi Kategori Pilihan Peminat dengan undian sebanyak 2,221 undi, jauh meninggalkan pencabar lain seperti Khaulah Al-Azwar (637 undian) dan Kau Bak Permata (462 undian).

Farihin Abdul Fatah dalam ulasannya berkenaan finalis Carta 114 memuji hampir keseluruhan lagu yang dikategorikan sangat baik daripada unsur kematangan adunan muzik dan dinamika persembahan.

Finalis Anugerah Carta 114 2025 telah diumumkan oleh pengacara Jalal Zaiki bersama ketua juri, Farihin Abdul Fatah. Antara juri yang mengadili Carta 114 adalah Amran Omar dan Muhamad Razin Che Mud.

Anugerah Carta 114 2025 merupakan anugerah lagu nasyid yang bakal dianjurkan buat tahun kedua di TV Al-Hijrah. Rancangan yang telah bersiaran selama 43 minggu pada 2024 telah menyenaraikan 48 buah lagu nasyid sepanjang siarannya. – NasyidKita

About The Author

arifradzi_logo

Arif Radzi | NasyidKita

Penyampai Radio JAKIM – SalamFM91.1 yang sukakan nasyid, mendengar nasyid dan suka menulis.

See author's posts

Tags: Aiman Sidek Alil Aniq Muhai Carta 114 Carta 114 TV Al-Hijrah Daqmie Darwish Ezyree Fayyad Farihin Abdul Fatah Hafiz Hamidun Halim Ahmad Idris Shamsuddin Inteam Jalal Zaiki Kumpulan Madinah PU Fendi Rabithah Shidee Khayran Soutul Amal UNIC Ustaz Fadhil Rahman

Continue Reading

Previous: Nordin Jaafar meninggal dunia
Next: Suka dan duka… ini imbasan industri nasyid 2024

Berita Lain

USTAZ-ZAKIY-MTHQK
1 min read
  • Skrin

112 peserta bakal sertai MTHQK 2025

Arif Radzi | NasyidKita 28 February 2025
SAHMURA-KINABALU
1 min read
  • Skrin

Sahmura Kinabalu bakal singkap perjalanan penasyid Sabah

Arif Radzi | NasyidKita 14 February 2025
ANUGERAH-CARTA-114
1 min read
  • Skrin

7 finalis Anugerah Carta 114 berentap 1 Februari

Arif Radzi | NasyidKita 22 January 2025

Viral

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank IKIMFM-AGROBANK-2025 1
  • Siar Raya

IKIMfm juara Anugerah Media Agrobank

23 May 2025
Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua KONSERT-KASIH-KEKASIH-SOLD-OUT 2
  • Lokal

Tiket konsert Inteam habis dijual, peminat mahu hari kedua

23 May 2025
SalamFM perkenal program baharu 2025 SALAMFM JAKIM 2025 3
  • Siar Raya

SalamFM perkenal program baharu 2025

1 March 2025
112 peserta bakal sertai MTHQK 2025 USTAZ-ZAKIY-MTHQK 4
  • Skrin

112 peserta bakal sertai MTHQK 2025

28 February 2025
IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan MAHABBAH-MADANI-RAMADAN-IKIM 5
  • Lokal

IKIM lancar Mahabbah Madani Ramadan

25 February 2025
  • Dari Meja Editor
  • Karyawara
  • Lokal
  • Siar Raya
  • Skrin

Ikuti Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube
NasyidKita - Muzik inspirasi kita. | MoreNews by AF themes.